Setengah daripada kekeramatan Saidina Ali Karamallahu Wajhah ialah beliau dikurniakan Allah taala pengetahuan mengenai alam Barzakh.  Maka tatkala kewafatan Saidina Umar,  duduk Saidina Ali di atas kuburan Saidina Umar bagi mendengar ia akan soal jawab dengan malaikat Munkar dan Nakir.  Setelah kedua-dua malaikat itu mendatangi akan Saidina Umar mereka terkejut melihat kepada Umar seraya berkata mereka ‘Tidur oleh mu (ya Umar)”.  Berkata Umar kepada kedua malaikat ‘Betapa aku tidur dan se nya telah mengenal akan daku daripada kamu terkejut yang sangat dan se nya telah aku bersahabat yakni aku bersama-sama Nabi s.a.w dan aku bersaksi kedua kamu akan Allah dan Malaikatnya bahawa jangan engkau masuk kedua kamu atas orang yang mukmin melainkan dengan rupa yang terlebih elok.  Maka diperbuat kedua malaikat itu akan permintaan Saidina Umar  r.a.

Saidina Ali yang menyaksikan kelakuan mereka bertiga berseru kepada Saidina Umar ” Tidur oleh mu hai Umar Ibni Khattab maka telah membalas akan dikau oleh Allah Subhana Wa Taala atas kebajikan kamu keatas seluruh orang muslimin (di atas permintaan Umar kepada Munkar dan Nakir tersebut).  Se nya telah memberi manafaat akan segala manusia pada hidup mu dan pada mati mu.”

nota:

Bagi mazhab Ahlussunnah wal jamaah orang-orang ahlillah dan orang yang mati pada jalan Allah, hakikatnya mereka tidak mati. Mereka hidup di dalam kubur mereka. Mereka sembahyang dan beribadat di dalam kubur mereka.  Mereka boleh mendengar dan melihat orang yang datang menziarahi mereka dan boleh berdoa kepada Allah untuk orang-orang yang hidup.  Inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Ali dengan katanya    “Se nya telah memberi manafaat akan segala manusia pada hidup mu dan pada mati mu.” Namun kita wajib beri’tiqod bahawa samada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tidak berkuasa atau tidak boleh memberi bekas melainkan dengan kudrat dan iradat Allah jua.

Wallahu A’lam

About these ads